Tahu ke trading tu apa??
Sebelum saya menerangkan lebih lanjut mengenai perbezaan trading dan saham ni, saya nak tanya ni.. Anda ni tahu ke tak apa itu trading??
Asyik dengar orang sebut trading3x, tapi faham tak trading tu apa??
Haa.. Kan dah berkerut-kerut dahinya tu..
Bagi anda yang masih lagi konfius dengan trading ni, atau tak faham pun trading ni benda apa sebenarnya. NI saya nak bagitahu ni..
Trading ni kalau dalam bahasa Malaysia maksudnya berdagang. Iaitu ada pertukaran jual beli baranganlah.. Kalau zaman dulu-dulu kan orang selalu tukar barang dagangan mereka untuk dapatkan keperluan mereka.
Macam dalam cerita lama-lama. Bila kapal saudagar yang datang berlabuh di pelabuhan, mereka akan mula mengeluarkan barang dagangan mereka dan bertukar dengan penduduk tempatan.
Sama juga macam zaman kita dijajah dulu. Trading ni melibatkan komoditi seperti bijih timah, getah, sawit dan macam-macam lagi dieksport ke negara lain.
Cumanya trading yang kita bincangkan ni dah advance je lah. Tak macam dulu-dulu lagi..
Dari sudut Internasional, perkataan ‘trading’ ni lebih masyhur digunapakai secara global.
So, kalau berdagang tu kita panggil trading, orang yang berdagang tu kita akan sebut sebagai ‘trader’..
Faham kan!
Jika zaman dahulu, trading ni hanya melibatkan secara face to face atau bersemuka, kini dengan teknologi IT dan jaringan internet yang semakin maju, ia diperdagangkan secara atas talian sahaja.
Tidak perlu lagi wakil setiap negara berkumpul di satu tempat untuk menentukan harga bagi pertukaran barang tersebut. Segalanya hanya dilakukan di dalam platform sahaja.
Trading Gold tu macam mana pula??
Haa. Kalau trading gold tu maknanya anda trading emas lah. Emas kan Gold.. Ha ha ha..
Macam ni, di dalam platform trading ada bermacam-macam pasaran (market) yang diperdagangkan. Antaranya ialah matawang yang disebut FOREX, bahan semula jadi atau dari alam yang disebut KOMODITI, Indeks, Futures dan banyak lagi.
So, anda rasa gold ni pasaran untuk apa?? Matawang ke??
Eh.. Taklah..
Gold ni pasaran bagi komoditi lah. Sebab dia adalah bahan semula jadi dari bumi. So, gold ni sama seperti pasaran komoditi yang lain iaitu Perak, Minyak Mentah (Petrol), Minyak Sawit, Soya, Gula, Jagong, Koko, Bali, Kopi, dan banyak lagi..
Semua harga pasaran komoditi ni bergantung pada buyer dan seller yang membuat transaksi dalam platform trading tersebut.
Oleh sebab trading ni merupakan perdagangan internasional, maka buyer dan seller yang wujud di dalamnya juga adalah terdiri daripada pelbagai warganegara termasuklah Malaysia..
Sebab tu juga kalau anda perasan, ada masa harga emas naik, ada masa harga emas turun. Sebab kesan daripada buyer dan seller dalam pasaran gold tu lah.
Tapi, untuk pengetahuan anda, pasaran gold ni pergerakan jual belinya agak volatile. Maksudnya harga gold boleh naik lebih tinggi dan boleh turun lebih rendah.
So, apa bezanya Trading Gold dengan Saham?
Kalau macam tadi, trading gold ni merupakan pasaran antarabangsa, maka ia melibatkan pasaran dua hala iaitu masa harga naik boleh beli, masa harga turun boleh jual.
Tidak sama seperti saham yang mana mengamalkan pasaran satu hala je. Anda hanya boleh beli sahaja. Beli k etika harga rendah dan jual ketika harga tinggi.
Mungkin ada yang akan tak faham apa yang saya maksudkan sebab bunyi macam sama je kan.
Begini, dalam platform trading ni ada 2 posisi yang anda boleh masuk iaitu posis ‘buy’ atau posisi ‘sell’. Jika harga pasaran gold ada trend nak naik, anda boleh masuk posisi ‘buy’ dan set kan target keuntungan anda pada harga yang atas lagi..
Tapi jika pasaran gold menunjukkan ada trend menurun, anda boleh masuk posisi ‘sell’ dan letakkan target keuntungan anda pada harga yang bawahnya lagi.
Cumanya, bagi platform saham, ianya hanya mengalamalkan 1 hala sahaja iaitu anda hanya boleh masuk posisi ‘buy’. Jika harga saham tersebut turun, anda tak boleh masuk posisi ‘sell’. Jadi anda tak dapat kaut keuntungan ketika harga saham jatuh.
Kalau trading ni kita trade barang dagangan, saham ni kita lihat pada syarikat yang menjalankan urusniaga.. Contoh pasaran trading ni seperti minyak, soya, gula dan lain-lain lagi. Untuk pasaran saham pula seperti KLCI, Digi, Air Asia dan lain-lain syarikat lagi.
Nampak tak bezanya?
Klik SINI untuk baca…
Topik seterusnya -> “Patuh shariah ke trading gold ni?”