Belajar dari Youtube?
Tak ada masalah kalau anda nak belajar dari youtube atau ebook. Sebab semua tu pun ilmu kan. Tapi setakat belajar je lah. Untuk trade tak boleh. Macam mana pun anda kena berguru.
Sebab apa?
Sebab dari guru @ mentor lah yang akan turunkan sistem trading yang betul. Macam mana flow yang sepatutnya anda lakukan bila nak trade. Guru juga akan bagi bimbingan yang anda takkan dapat dari youtube atau ebook.
Kalau anda tersasar guru ada untuk membantu menyelesaikan masalah anda. Cuba kalau anda cuma belajar dari youtube atau ebook. Ada youtube dan ebook tu bagitahu bagaimana anda nak keluar dari kemelut masalah trading anda? Tak ada..
Bukankah kalau kita belajar tanpa berguru umpama kita berguru dengan syaitan. Sebab ia boleh menyesatkan. Belum tentu apa yang disampaikan dalam youtube atau ebook tu sampai sepertimana maksud asalnya.
Sebab ia melihat kepada bagaimana anda mentafsir dan menterjemahkan penerangan tersebut ikut pemahaman anda sendiri. Kalau anda salah faham? Sebab tu belajar tanpa guru boleh sesat.
Nak cari guru atau mentor pun kenalah cari yang betul. Yang betul arif dalam bidang trading. Bukan jenis yang hanya reti cakap, tapi dia sendiri tak buat pun.
Bukannya tak ada jenis macam tu. Kalau bercerita, bukan main lagi.. Kena buat macam tu, macam ni. Tapi bila student ada masalah, tak boleh nak solve kan sebab dia sendiri pun tak buat. Sekadar mengajar je.
Kalau anda nak belajar dari youtube, boleh. Dengan syarat lepas dah berguru, baru ambil ilmu dari sumber-sumber tersebut.
Ilmu trading meluas
Ilmu trading ni sebenarnya sangat meluas. Belum tentu apa yang anda baca dan lihat di dalam internet itu mampu memberitahu tindakan anda salah atau betul.
Sebab tu kena berguru.
Konsep berguru ni mudah aje. Anda belajar dari guru anda. Jika anda ada buat salah, guru anda akan tegur anda dan tunjukkan jalan yang betul.
Contohnya selepas anda belajar ilmu trading, anda cuba apply kannya dalam akaun trading anda. Tapi, ada masa tiba-tiba anda mengalami masalah di mana anda tersilap langkah. Dan wang anda di dalam akaun trading semakin lenyap.
Sekiranya anda berguru, sekurang-kurangnya anda mempunyai tempat untuk mendapatkan penyelesaian bagi masalah anda.
Itulah yang saya lakukan sebagai mentor kepada student saya. Jika student saya mengalami masalah dalam akaun trading mereka, saya akan bagi advise dan solution yang dapat menyelesaikan masalah mereka.
Lepas tu mereka boleh tarik nafas lega sebab dapat selamatkan telur dihujung tanduk.
Tapi, kalau nak jadi student saya kena ikut syarat-syarat saya lah. Saya tak suka student yang tak boleh nak bagi komitmen dan disiplin yang baik. Kalau rasa nak saya bantu, dia sendiri perlu berikan komitmen untuk bantu diri dia sendiri.
Kalau saya bagi exercise, kenalah buat. Kalau saya kata benda tu rahsia, kenalah simpan rahsia.
Barulah berkat ilmu yang diajarkan.
Klik SINI untuk baca selanjutnya…
Topik seterusnya-> “Macam mana ilmu trading ni boleh jadi satu sumber pendapatan?”