MENCARI CARA UNTUK ATASI MALASAH DI BAWAH??
BAGAIMANA CARA MEMPERTINGKATKAN KEWANGAN ANDA SECARA KONSISTEN PADA TAHUN 2018?
01) KITARAN KRISIS EKONOMI DUNIA
Seperti yang kita lihat, kitaran krisis ekonomi dunia yang berlaku setiap 10 tahun telah semakin menghampiri.
Terdahulu krisis ekonomi berlaku pada tahun 2008. Dan kini, sudah 10 tahun berlalu dan adakah tahun 2018 ini bakal berlaku sekali lagi? Adakah anda sudah merasai akan bahang kegawatan ini?
Tak disangkal kegawatan ekonomi dunia adalah situasi yang menjadi kerisauan ramai.
Sebelum ini pun kita sudah pernah berhadapan dengan keadaan seperti ini pada tahun 1998 dan 2008. Akibat kesan kegawatan ekonomi ini telah menyebabkan duit tidak lagi bernilai dan ramai orang telah kehilangan pekerjaan.
Namun, sekarang…
Sudahkah anda bersedia?
02) RAMAI YANG DIBUANG KERJA OLEH SYARIKAT SEJAK TAHUN 2015
Dalam statistik yang diambil dari sumber Blog The Malaysian Insider serta keratan akhbar Berita Harian, terdapat lebih 5 buah syarikat di Malaysia yang telah membuang pekerjanya melalui Voluntary Separation Scheme (VSS) bagi mengurangkan kos dalam syarikat mereka.
Bagi mereka yang dibuang secara VSS, mereka akan diberi wang pampasan sebagai ganti rugi. Selepas dibuang kerja, kebiasaannya mereka akan melalui satu kehidupan yang tiada pekerjaan. Mereka mula berfikir cara untuk menghasilkan duit menggunakan wang pampasan tersebut.
Maka, ada yang ingin memulakan perniagaan dan menceburi bidang pelaburan. Tapi, akibat kekurangan ilmu dalam perniagaan dan pelaburan telah menyebabkan mereka melakukan kesilapan.
Seringkali berlaku wang habis dalam sekelip mata! Betul ke betul? Begitulah pentingnya ilmu sebelum anda mengambil sebarang tindakan!
03) HILANG PEKERJAAN AKIBAT PERALIHAN KUASA POLITIK
Setelah Pilihanraya Umum ke-14 berakhir dengan kekalahan parti kerajaan, ramai pekerja kontrak yang bekerja dengan pihak kerajaan sebelum ini telah diberhentikan kerja. Ianya bagi mengurangkan kos perbelanjaan kerajaan baru kerana terpaksa menanggung hutang kerajaan lepas yang sangat besar nilainya.
Hampir 17,000 pekerja kontrak yang akan diberhentikan merupakan satu jumlah angka yang sangat besar juga.
Sudah pasti mereka terkesan dengan keputusan yang dibuat oleh kerajaan baharu kerana ‘periuk nasi’ mereka terpaksa ditutup. Apakah yang mampu mereka lakukan untuk mencari pekerjaan dalam waktu terdekat ini?
04) ADA YANG CUBA BERNIAGA UNTUK ‘SURVIVE’
Ramai yang bertindak untuk menjalankan perniagaan dengan tiada asas serta ilmu yang cukup untuk berniaga. Apabila mereka tiada ilmu, mereka tidak tahu TREND semasa serta apa kehendak orang dalam pasaran bisnes.
Contoh apabila trend bisnes Tudung menjadi terlalu ramai yang menjalankannya. Perkara ini menyebabkan pesaing di dalam pasaran yang sama ‘buang harga’ dan menjadikan persaingan di dalam industri ini bertambah sengit.
Pemain lama sudah pandai mendominasi pasaran, manakala ada pemain baru tidak dapat bertahan dan merosakkan pasaran. Bukankah tujuan berniaga adalah untuk mendapatkan keuntungan?
Namun, akibat kurang jualan, mereka mula bertindak ‘tidak relevan’ untuk mendapatkan modal kembali. Disebabkan kekurangan ilmu dan tidak pandai mengawal situasi, mereka terjerumus ke arah lembah kerugian.
Selain itu, pemain lama dalam industri ini sudah mempunyai ‘supplier’ yang boleh menawarkan harga yang rendah untuk menghasilkan tudung. Pemain baru pula mendapat harga lebih tinggi kerana kekurangan informasi tentang supplier dan pemborong dalam kuantiti rendah.
Malah, ada juga yang tertipu kerana tidak dapat kualiti yang baik selepas produk siap. Lagi sedih jika mereka yang terlibat dalam industri ini kerana terikut cakap orang sahaja.
Dalam dunia bisnes perlu ada pemasaran untuk memasarkan produk bisnes tersebut. Apabila tiada pengalaman dan ilmu dalam pemasaran, ianya boleh menyebabkan kos pemasaran menjadi besar dan merugikan kerana kos pemasaran tidak selari dengan jualan produk.
Ramai silap akibat teruja dengan harga borong yang murah tetapi tidak mengambil kira kos pemasaran dan operasi. Rupanya harga jualan tersebut adalah harga rugi.
05) CARI KERJA ‘PART TIME’ UNTUK MENYARA HIDUP
Atas desakan hidup, ada yang bekerja di siang hari dan membuat kerja ‘part time’ di malam hari pula sebagai satu imbuhan kewangan agar dapat menempuh cabaran kehidupan masa kini yang semakin kesempitan.
Penggunaan kad kredit dan hutang-hutang bank menjadikan mereka terpaksa korbankan masa mereka agar boleh bayar hutang tersebut. Ditambah lagi dengan gaya hidup yang tidak setaraf dengan sumber kewangan mereka. Kesempitan ini menyebabkan mereka berusaha keras agar dapat menyara kehidupan mereka.
Sebenarnya persediaan dari diri sendiri harus dibuat untuk melalui hari-hari hadapan dengan tenang dan tidak tertekan. Teknologi sekarang semakin canggih, kita perlu belajar teknologi agar kita tidak ketinggalan.
Orang kata sediakan payung sebelum hujan, kan! Pelbagai ‘part time job’ yang boleh dibuat sekarang ni seperti bisnes online, ada yang jual produk orang lain sebagai dropship atau agent, ada yang menyediakan perkhidmatan uber dan ada juga yang jadi cashier di supermarket pada waktu malam. Tidak kurang juga ada yang menjual nasi lemak atau burger selepas waktu bekerja.
ADAKAH ANDA TAHU? ADA TEKNOLOGI LAIN UNTUK ANDA BUAT DUIT!
Dalam mencari sesuatu pekerjaan yang boleh memberikan jaminan pada diri anda, adakah anda tahu bahawa terdapatnya pekerjaan yang wujud dari sistem teknologi yang membantu anda mendapatkan wang?
Namun, pekerjaan ini bukanlah bergantung kepada kelulusan pendidikan anda atau pengalaman kerja anda. Ianya satu pekerjaan yang memerlukan anda untuk belajar dari bawah semula sekiranya anda ingin berjaya dalam menggunakan teknologi ini sebagai ‘career’ anda.
Adakah anda bersedia untuk menjadikan TRADING sebagai career baru anda bagi membantu anda mendapatkan duit poket setiap hari?
Jika YA, anda boleh dapatkan segera dengan memicit link di bawah ini..
Cuba Tonton Video Ini…
Perlukah Mentor Untuk Membantu Anda?
Mungkin anda tertanya-tanya, adakah anda memerlukan seorang mentor bagi membantu diri anda dalam menyelami pekerjaan baru anda ini.
Sudah tentu anda memerlukannya kerana hanya mentor yang akan menegur kesilapan anda di dalam pekerjaan baru anda ini. Jika anda tidak mempunyai mentor, dengan siapakah anda ingin mengadu hal jika anda mengalami kesulitan dengan pekerjaan baru anda ini?
Jadi siapakah mentor yang bakal membantu anda?
Mentor yang akan membantu anda dalam menghadapi cabaran pada tahun 2018 adalah Ir Sofian. Ir Sofian adalah CEO kepada dua syarikat iaitu Kezo Consult Sdn Bhd dan AJL (M) Sdn bhd.
Beliau berkecimpung dalam bidang pelaburan emas sejak tahun 2009 lagi dan beliau mula berkongsi tentang emas fizikal pada tahun 2010 sehingga tahun 2014. Bermula tahun 2015 beliau mula berkongsi tentang Trading Emas yang diberikan nama program Trade Gold For Money (TG4M) dan telah mempunyai 32 Siri kelas sehingga akhir tahun 2017.
Ir Sofian juga mempunyai program advance beliau iaitu Simplified Trading Signal (STS) yang diadakan selama 3 hari untuk berkongsi tentang semua pasaran dunia seperti saham, indeks, fcpo, dan juga komoditi lain selain emas iaitu gula, minyak, koko dan lain-lain komoditi.
Ir Sofian juga ada menganjurkan program Coaching kepada bekas peserta TG4M dan hasil dari Coaching beliau selama 3 bulan, ada yang telah membuat keuntungan 97.3% dari modal sebanyak 1000 USD. Ini adalah satu kejayaan untuk Ir Sofian dari hasil bimbingan beliau secara personal meeting serta coaching dan signal serta monitor setiap akaun pelajar untuk memastikan mereka mengikut segala nasihat yang diberikan.
Selain itu, Ir Sofian ada menerbitkan buku hasil tulisan beliau yang bertajuk ‘Magnet Emas Magnet Kekayaan’. Antara produk lain yang beliau keluarkan juga adalah DVD Rahsia Jutawan Logam , DVD Bursa Station Mastery (BSM), DVD Mudahnya Belajar Teknikal Analisis dan Planner Trader.
Sepanjang penglibatan beliau dalam bidang pelaburan emas ini, beliau pernah dijemput untuk bercakap di pentas Retire Young Retire Rich (RYRR) anjuran Richworks untuk berkongsi tentang pelaburan emas dan betapa pentingnya emas dalam kehidupan masa dulu dan sekarang.
Ir Sofian juga pernah bercakap di pentas ‘Trade Like A Pro’ di Jakarta, Indonesia. Beliau berkongsi informasi pelaburan emas dan membuka mata orang di sana tentang peluang yang ada dalam pasaran emas.
Baru-baru ini Ir Sofian telah menghadiri satu conference yang terbesar dunia di Milan, Italy. Dihadiri oleh semua pakar teknikal analisis dunia. Sidang yang dimaksudkan ialah International Federation Technical Analyst (IFTA).
Ia adalah satu sidang terbesar yang membuka mata pakar-pakar teknikal analisis dunia. Sidang tersebut memberikan pendedahan terhadap peredaran teknologi yang canggih di negara luar.
Selain itu, Ir Sofian pernah menuntut ilmu dalam program anjuran Robert Kiyosaki di Australia. Ianya adalah satu pengalaman yang sangat bernilai untuk beliau dan dapat menambah ilmu dalam dunia pelaburan dan teknikal analisis.
SIAPAKAH ANDA YANG MEMERLUKAN CAREER TRADING INI SEBAGAI PEKERJAAN BARU??
1)Cikgu Sekolah Yang Nak Isi Masa Lapang & Buat Duit Extra
Rutin seorang cikgu adalah mengajar pelajar di sekolah dan jika mengajar pada sesi pagi, mereka ada mempunyai masa terluang pada sebelah petang. Untuk mengisi masa lapang tersebut selain bercucuk tanam dan bersenam, boleh juga belajar trading gold dari DVD GTI ini.
DVD GTI ini akan mendedahkan waktu yang sesuai untuk trading seperti sebelah petang dari jam 4.00 – 6.00 petang dan mereka yang bergelar cikgu boleh bermula untuk dapatkan duit dari trading gold ini secara harian atau mingguan. Dah boleh belanja pelajar-pelajar nanti!
2)Suri Rumah Yang Nak Hasilkan Duit Harian
Walaupun hanya menjadi suri rumah, anda tetap berkeinginan untuk membantu keluarga anda dari segi kewangan. Sudah pasti anda mencari peluang pekerjaan yang boleh dilakukan secara santai dari rumah sahaja tanpa mengganggu tugas dan rutin harian anda.
Jika dapat buat duit RM50 sehari pun sudah sangat bersyukur. Dalam DVD GTI ini sangat sesuai untuk golongan suri rumah yang ingin memperoleh duit saku dari rumah sambil berbakti kepada keluarga kerana masanya fleksibel mengikut kesesuaian trader nya.
3)Mereka Yang Mencari Cara Mudah Buat Duit
Ramai yang nak buat duit dengan mudah tanpa perlu kerja di tengah panas, tak perlu jadi salesperson dan tebalkan muka untuk menjual produk secara direct sale di depan orang ramai.
Mereka mencari-cari peluang untuk membuat duit harian untuk menambahkan pendapatan secara tanpa perlu keluar dari rumah dan ianya boleh ‘view’ hanya dari telefon mudah alih anda. Anda boleh melihat chart pasaran dan belajar mengenai pelaburan emas melalui telefon anda dan ianya sangat mudah!
Ada yang memerlukan kerja ‘part time’ untuk meningkatkan taraf kewangan mereka tetapi perlu sesuai dengan masa mereka ada pula. Jika siang hari mereka perlu bekerja di pejabat, maka hanya pada waktu malam atau hujung minggu sahaja baru ada masa untuk melakukan kerja ‘part time’.
Dengan keadaan kerja dan masa yang terhad tetapi tetap perlu juga membuat kerja lain yang membolehkan mereka mendapat ‘Duit Extra’ setiap hari tanpa mengabaikan keluarga.
4)Mereka Yang Pernah Terlibat Dengan Pelaburan Tetapi Selalu Rugi
Ramai yang terlibat dalam pelaburan tetapi masih gagal mengawal kerugian dalam pelaburan seperti pasaran mata wang (Forex), Saham, CPO, Minyak dan lain-lain pelaburan. Ada yang mencari satu kaedah yang betul serta dapat mengurangkan kerugian mereka di dalam pelaburan.
Di dalam DVD GTI ini ada diterangkan bagaimana caranya untuk anda mengawal risiko kerugian di dalam pelaburan trading. Tanpa cara dan sistem yang betul, anda tidak akan mampu untuk bertahan lama dalam pasaran.
5)Student Yang Nak Duit Saku Lebih
Ada Alumni pelajar AJL terdiri dari pelajar universiti dan mereka ingin buat duit ‘saku’ untuk sara perbelanjaan mereka di universiti. Ada juga yang nak buat duit untuk bayar duit yuran pengajian mereka. Ianya satu inisitaif bagi setiap orang untuk menolong serta mahu mencari duit sendiri.
Lagipula, mereka hanya memerlukan laptop dan jaringan internet untuk membuat duit melalui trading ni. Sudah tentu sebagai pelajar IPT mereka mempunyai kedua-dua fasiliti ini yang menjadikan ianya bukan satu halangan untuk mereka belajar dan buat duit saku sendiri.
6)Graduan Yang Tidak Dapat Pekerjaan Lagi
Disebabkan keadaan ekonomi sekarang ini, ramai lepasan universiti atau graduan sekarang masih mencari pekerjaan yang sesuai dengan bidang mereka. Dan ada yang dah lama menganggur dan hanya menolong keluarga di rumah.
Bukan mudah untuk mendapatkan pekerjaan lebih-lebih lagi banyak syarat pekerjaan memerlukan pekerja yang sudah mempunyai beberapa tahun pengalaman kerja. Sedangkan mereka ini baru hendak menimba pengalaman.
Jadi, sambil mereka mencari kerja, mereka juga boleh belajar trading gold untuk menjana duit ‘saku’ serta dapat bantu keluarga kerana career sebagai trader ini masanya fleksibel. Mereka boleh sesuaikan dengan masa mereka sendiri.
Penafian : Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan peserta sebenar.
Jika ada pertanyaan mengenai DVD GTI, hubungi kami ditalian +6016 438 6446
“Cetak duit dengan pasaran emas,
Dapat duit tu belilah emas,
Belajarlah ilmu membuat pelaburan emas,
Aset kukuh dan stabil, kemudian hari tidak lemas ” – Ir Sofian
HUBUNGI KAMI