Hidup Aku Berubah Selepas Aku Lakukan Ini…
Aku Student….
Aku merupakan anak sulong dari 5 orang adik beradik. Tak ku nafikan, tanggungjawab sebagai anak sulong memang berat. Lebih-lebih lagi aku harus utamakan adik-adik aku dahulu dari pelbagai sudut.
Selepas result SPM aku keluar, aku berjaya masuk ke universiti. Sebelum ni memang aku excited giler nak sambung belajar di universiti. Sebab aku tengok kat fb, macam seronok je bila jadi student u ni.
Tapi aku salah. Yang aku nampak tu cuma keseronokan diorang je. Sebenarnya bila aku sendiri yang duduk dan berada di situasi tersebut, baru aku tahu betapa susahnya dan beratnya tanggungjawab yang aku pikul.
Banyak benda nak kena pakai duit bila duduk universiti ni. Belum lagi soal yuran, makan pakai, assignment, dan lain-lain lagi. Ayah aku pula cuma kerja biasa-biasa je. Gaji pun cukup-cukup makan untuk sara adik-adik aku yang lain.
Emak aku pula suri rumah. Itu pun emak kadang-kadang pergi petik macam-macam sayur untuk dijual. Berapa sen sangatlah yang emak aku dapat hasil petik sayur tu. Aku jadi serba salah pula bila nak kena minta duit dari parents aku.
So, aku ingat nak buat part time untuk tambah duit poket aku. Mula-mula aku ingat nak kerja part time kat kafe je, tapi dah ramai student yang kerja part time kat situ pula. Tak ada kekosongan dah. Nampaknya jadi student ni memang kena survive. Bukan aku sorang je. Orang lain pun mengalami situasi sama macam aku. Nak cari duit lebih.
Ada juga aku terfikir nak kerja kat luar kawasan universiti aku ni. Tapi, bila aku nak kerja kat luar, aku kena ada transport untuk pergi kerja. Hemm.. Aku pula bukannya ada transport sendiri. Takkan aku asyik nak minta kawan aku hantarkan ke tempat kerja. Hemm.. Susah juga nak dapatkan duit poket macam ni.
Akhirnya aku cuma buat roti sandwich dan letak di kawasan tangga asrama. Mula-mula tu okay lah. Habis je sandwich aku buat. Lama-lama tu habis juga sandwich aku. Tapi duit pula tak ada. Ada yang kebas dulu.
Nasib-nasib.. Kan best kalau aku dapat buat income tanpa perlu bersusah-susah begini.
Nak Buat Duit Poket Hari-Hari?
Masa tengah layan fb, tiba-tiba aku nampak satu posting dari Akademi JL pasal buat duit poket hari-hari. Macam best aje aku tengok. Macam scammer pun ada nampak gayanya. Maklumlah sekarang ni ramai orang suka kencing rakyat marhain dengan cara mudah tabur janji-janji dan bagi gula-gula untuk orang terpedaya.
So, aku pun cuba skodeng fb dia, nak tau jugakkan. Kot-kot scammer boleh aku viralkan supaya nanti tak ramai kena kencing.
Tapi bila aku tengok-tengok, macam best pulak, ramai jugak yang dah berjaya dari apa yang aku baca.
Rupanya AkademiJL ni adalah pusat pendidikan pelaburan stock market dan gold. Yang aku rasa ‘terminat’ sikit sebab diorang ajar gold yang semua orang tahu memang gold bagus, dan modalnya nampaknya tak mahal sebab cuma perlu pakai laptop dan internet je. Dah confirm-confirm kat U ni aku boleh dapat wifi.
Masa juga fleksible aku tengok. Boleh trade bila aku ada masa lapang. Bila aku fikirkan balik semula, waktu malam memang aku free. Selain study aku biasa lepak dengan member main game aje. Lebih baik aku try buat income daripada buang masa kan!.
Tapi, untuk trade ni nak kena belajar betul-betul ilmu dia. Aku tengok ramai je student dari AJL ni yang berjaya. Suri rumah ada, orang yang pencen pun ada. Eh, student macam aku pun ada rupanya. Kalau diorang boleh berjaya, takkan aku tak boleh. Mungkin inilah punca rezeki aku dengan cara yang mudah, Akhirnya Allah makbulkan doa aku sebelum ini untuk cari duit extra income.
Lagipun aku rasa konsep dia sama je macam aku belajar kat u ni. Sama juga mula-mula aku tak faham gak apa benda yang diajar. Kena fokus, buat latihan, buat assignment, ulang kaji, baru aku faham. So, aku rasa no problem untuk aku belajar trading pula kan.
Lagipula, belum tentu lepas aku habis belajar, aku akan dapat kerja terus. Banyak je graduan yang menganggur lepas habis belajar. Kerja apa pun aku tak tahu. Kalau buat trading ni boleh jadi income aku, sekurang-kurangnya aku boleh survive lepas habis belajar nanti. Ini pun ilmu juga.
Dengan tekad dan semangat untuk merubah nasib hidup aku, aku pun belajar trading gold ni step by step. Sambil-sambil tu aku buat latihan tiap malam dalam akaun demo. Selama aku belajar dan buat latihan seperti mana yang diajarkan dalam sistem, memang aku dah boleh faham teknik dan caranya.
Umpama macam aku selalu buat latihan math. Dapat je soalan, aku boleh tahu macam mana nak cari jawapan. Nak guna formula apa. Macam tu lah aku belajar trading ni. Aku tengok market, aku guna teknik yang diajarkan dan aku dah boleh tahu sesuai ke tak untuk aku entry dalam pasaran tersebut.
Memang ianya take times. Tak sampai 3 bulan pun, aku dah boleh dapat profit hampir setiap hari. Kalau ada loss pun, aku tetap untung untuk satu hari tu.
So, aku decide nak guna duit PTPTN sebagai modal aku trade. Of course aku akan buat betul-betul macam aku ambil exam. Sebab ini saja lah jalan dan cara untuk aku ubah nasib diri aku.
Saya Pun Nak Belajar Trading Ni
Aku tak sangka, keputusan yang aku buat sangat berbaloi. Dengan bermodalkan 1000usd, aku dapat profit dalam RM600 sebulan. Setiap hari dalam RM20 aku untung.
Nak withdraw profit pun senang. Boleh kata bila aku nak guna duit, aku keluarkan je duit dari keuntungan trading aku ni. Tapi tak adalah aku keluarkan banyak-banyak. Setakat boleh buat belanja makan atau beli barang keperluan lain, cukuplah.
Sebab aku nak grow kan modal trading aku. Lagi besar modal aku, aku akan dapat profit lebih banyak, dan aku pun dapat minimakan kerugian. Itu yang aku follow dari apa yang aku belajar.
Sejak trading ni jadi income sampingan aku, tak ada pula pelajaran aku terganggu sebab asyik nak tengok market. Sebab aku dah schedule kan bila masa aku tengok market dan bila masa aku fokus study.
Aku tetap belajar dan buat assignment seperti biasa. Aku nampak aku lebih fokus nak belajar bila aku tak terlampau memikirkan sangat soal duit. Kepala dah tak runsing soal duit. Jadi hati aku lebih tenang nak belajar.
Aku pun dah tak susahkan keluarga aku untuk bagi duit belanja tiap bulan. Siap aku boleh support adik beradik aku yang lain kalau ada yang kurang. Tak menyesal aku belajar trading ni. Memang satu ilmu yang sangat berguna untuk masa depan.
Aku rasa, rugi bagi kawan-kawan aku yang sibuk dengan dunia game diorang pada umur yang macam aku ni. Sepatutnya diorang gunakan teknologi yang dah ada ni untuk improve diri diorang. Aku pun bukan tak ada main game. Ada masa-masa aku main juga. Cuma sesekali nak buat hilang stress aje.
So, aku memang sarankan pada sesiapa yang rasa diri dia, hidup dia macam aku. Yang lalui apa yang aku lalui sebelum ni, korang kena cuba belajar ilmu trading ni. Sebab ianya sangat berguna untuk masa depan korang. Lebih-lebih lagi kita tak tahu apa akan jadi pada ekonomi negara kita akan datang.
Itu je lah kisah aku.
Terima kasih sebab sudi dengar kisah aku ni. Harap ia boleh jadi penguat semangat untuk korang juga berjaya suatu hari nanti..
Amiin…