Aku Tak Pernah Sangka Peluang Pekerjaan Ni Wujud…
Aku Penganggur…
Pada asalnya aku adalah graduan lepasan universiti tempatan. Selama beberapa tahun aku habiskan hidup aku di institut pengajian tinggi hanya semata-mata untuk mendapat pekerjaan yang bagus setelah aku menamatkan pelajaran. Namun, tak semua yang aku idamkan menjadi kenyataan.
Aku masih ingat lagi betapa bangganya aku apabila berjaya menamatkan pengajian dengan keputusan yang bagus. Bermacam-macam peluang pekerjaan yang aku mohon sesuai dengan bidang pembelajaran aku.
Tapi, ianya tak berjalan lancar seperti yang aku rancangkan. Sebulan demi sebulan masa berlalu. Tiada lagi pekerjaan yang aku dapat. Bahkan aku turut pergi temuduga kerja di beberapa buah tempat dengan harapan ada syarikat yang menerima aku bekerja.
Namun, semuanya hampa dan mengecewakan apabila aku masih lagi tidak mendapat sebarang panggilan kerja. Akhirnya aku masih lagi menghabiskan masa di rumah orang tua ku.
Sanak saudara dan jiran tetangga dah mula bertanya aku kerja apa setiap kali berjumpa. Sampai aku dah naik malu nak bagitahu yang aku belum dapat kerja lagi. Aku masih menganggur lagi.
Sampai juga ke telinga aku, ada mulut-mulut yang menyatakan ‘belajar tinggi-tinggi tapi tak dapat kerja, buat habis duit mak bapak je’. Aku memang terasa sangat.
So, aku nekad juga nak cari apa pun pekerjaan yang boleh mendatangkan income. Aku tak sanggup lagi menganggur. Memang ekonomi sekarang ni tenat, sampaikan graduan yang berkelulusan macam aku ni pun susah nak dapat kerja.
Semasa aku scroll home dekat fb aku, tiba-tiba aku perasan satu iklan ni yang katanya boleh buat duit hari-hari. Tapi kena belajar dulu. Aku jadi beminat nak tahu apakah pekerjaan yang membolehkan aku buat duit hari-hari tu. So, aku pun picit link yang diberikan. Automatik aku dibawa ke personal whatsapp dengan admin tersebut.
Sembang punya sembang, baru aku faham apa benda yang membolehkan kita buat duit dengan mudah tu. Tapi bendanya tu nak kena belajar. Bukan boleh main terjun je. So, aku ambil keputusan untuk belajar dan jadikan ia sebagai career baru aku. Sekurang-kurangnya aku ada benda nak buat sambil tunggu dapat panggilan kerja.
Mula-mula aku dapatkan dulu DVD Gold Trading Intensive (GTI) dari AJL dan aku cuba belajar dulu dari DVD tersebut. Rupanya sangat mudah nak faham trading ni. Penerangannya pun sangat detail. Aku pun habiskan hari-hari aku dengan tengok video dan buat latihan follow apa yang diajarkan.
Aku try follow satu per satu apa yang disuruh. Dari macam mana nak dapatkan software, nak install setting, nak guna, semualah. Memang senang je rupanya. Mula-mula tu memang rasa ‘blank’ dengan apa yang diterangkan.
Tapi dengan pembelian DVD GTI ni, aku dapat group support dari telegram dan fb. Memang membantu sangat group support dalam telegram tu sebab aku tengok diorang ni aktif memberikan maklumat. Kalau ada yang tak faham, boleh tanya dan diorang akan bagi feedback. Tak adalah aku rasa terkapai-kapai.
Lagi satu, aku juga dapat masuk ke kelas Trade Gold For Money (TG4M) secara percuma. Siap aku boleh datang recharge berkali-kali sampai pandai. Semuanya percuma. Walaupun harga DVD GTI tu boleh tahan harganya, tapi sangat berbaloi dengan apa yang aku dapat. Bagi aku ini satu pelaburan ilmu yang sangat berguna untuk masa depan aku.
Dengan mudah je aku dah boleh faham macam mana nak trading. Siap aku buat latihan hari-hari sebab nak mahirkan dengan sistem yang diajarkan. Sangat tak sangka ada peluang buat duit semudah macam ni rupanya. Kenapalah aku tak pernah didedahkan dengan benda ni awal-awal. Aku rasa semua orang perlu tahu akan wujudnya pekerjaan ni. Kerja sebagai trader, sekurang-kurangnya bukan penganggur.
Sampai satu tempoh, aku mulakan trading dalam akaun sebenar. Memanglah aku bukan orang kaya. Tapi duit yang aku simpan hasil aku buat kerja-kerja sambilan semasa universiti dulu tu aku gunakan sebagai modal. Disebabkan modal yang tak besar sangat, aku memang kena berhati-hati dalam meletakkan entry dalam pasaran. Itu ilmu penting yang aku pelajari. Dan tentulah kena sabar.
Sambil-sambil tunggu panggilan kerja, aku trade hari-hari. Kalau boleh aku takkan biarkan entry aku tu duduk lama-lama dalam pasaran. Aku memang betul-betul follow rules yang ditetapkan Ir Sofian dalam DVD GTI dan dalam kelas TG4M.
Tanpa aku sedar, hari berganti hari, dan modal aku yang sedikit tu telah berkembang. Bila modal aku dah berkembang, lebih mudah aku dapat profit yang lebih sedikit. Aku juga ada keluarkan duit tersebut dan merasai dengan beli beberapa barang keperluan aku dan aku belanja parents aku.
Tak lama tu aku dapat panggilan kerja. Dalam aku bekerja, aku tidak tinggalkan career trading aku. Kalau dulu mungkin aku banyak tengok market pada pagi hari. Kini aku hanya trade pada waktu malam iaitu selepas aku habis waktu kerja. Sebab masa untuk trade ni fleksibel, memang tak ada masalah bila ak nak trade.
Seronok tu memang seronok sangat. Sebab aku dapat tambah pendapatan aku dengan trading ni. Memang tak menyesal aku dapatkan DVD GTI dan belajar trading ni. Sebab dia dah bukakan minda aku ke satu dunia baru yang lebih luas.
Walaupun aku dah dapat income, aku still lagi hadir ke kelas TG4M untuk dapatkan tambahan ilmu baru. Sebab kelas hujung minggu, so senang bagi aku nak hadir.
Dengan tambahan ilmu baru, aku dapat upgrade ilmu trading aku dan fokus di jalan yang betul. Aku tak nak tersimpang dari sistem yang betul sebab trading ni high risk. Kalau salah percaturan, langgar pantang larangnya, memang boleh bungkus. So, aku tetap kekal dalam jemaah supaya aku masih duduk dalam line yang sama.
Aku rasa korang pun perlu tahu akan ilmu baru ni. Sebab ilmu trading ni memang boleh membantu korang dapatkan income. Bagi yang menganggur macam aku dulu, boleh cuba jadikan trading ni satu career baru korang. Sekurang-kurangnya ia membantu korang jana pendapatan sampingan. Itu lebih baik daripada dilabel penganggur. Kan…