Patuh Shariah Ke Trading Gold Ni?

Isu Halal Haram

Bukan tak ramai yang bertanyakan mengenai isu halal haram trading gold ni. Ramai je yang masih lagi bertanyakan soalan yang sama. Sehinggakan ada yang minta tunjukkan surat sijil patuh shariah. Punyalah strict sangat kan..

Padahal, bila mereka pergi makan kat kedai, ada ke mereka minta sijil halal dengan kedai tempat mereka makan tu? Lagi benda yang masuk perut jadi darah daging. Tak ada pula kan!

Sebelum anda bertanyakan soal ini kepada saya, saya sendiri dah pergi cari jawapannya sebelum saya terus menerus melibatkan diri dalam bidang trading. Yelah, kalau boleh naklah berkat rezeki yang dapat dari trading ni..

gold investment, technical analysis, technique indicator, dvd gti,

Alkisahnya, pada tahun 2013, saya dan beberapa orang trader yang lain berjumpa dengan seorang ustaz yang arif dalam bab ni di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah kat Shah Alam. 

Selepas sahaja selesai kuliah daripada ustaz tersebut, saya dan trader lain bergegas mendapatkan ustaz untuk bertanyakan soal hukum trading ni.

gold investment, technical analysis, technique indicator, dvd gti,

Saya nakkan kepastian apakah boleh atau tidak buat duit dari trading ni.. Sebab saya nak ajar orang lain buat duit dengan trading ni, jadi saya kena tahu dulu boleh ke tak boleh.

Kalau boleh, saya akan teruskan apa yang saya nak lakukan. Iaitu bagi education pada orang di luar sana tentang trading. 

Apa yang ustaz terangkan pada saya buat saya terpaku sebentar. Mana taknya, ustaz ni terangkan pakai term-term dalam trading dan penerangannya sangat jelas. 

Bagi saya, kalau orang tu tak mahir atau arif bab trading ni, memang tak boleh nak terangkan macam apa yang ustaz ni terangkan. Sebab bahasa yang digunapakai  tinggi. Orang biasa-biasa yang bukan dari dunia trading takkan faham.

 

Apa Kata Ustaz??

Untuk menjadikan buat  duit dengan trading ni HARUS adalah bila ada ILMU. Kalau trade tanpa ilmu jatuh haram. Sebab umpama kita berjudi. 

gold investment, technical analysis, technique indicator, dvd gti,

Sebagai trader, jika sekiranya nak trade kena cek dulu perkara-perkara ni. Semak adakah ilmu yang anda miliki membuatkan anda mampu memenuhi syarat yang ditetapkan..

1)  Adakah anda tahu Direction nya?

Direction ni adalah trend@hala tuju pasaran tersebut. Tahu tak trend pasaran tersebut nak ke mana? 

 Contoh dalam pasaran gold, terdapat pergerakan naik turun harganya. Jadi sebelum saya buat keputusan untuk masuk pasaran, saya kena tahu ke manakah pasaran gold tersebut nak pergi. 

Saya kena nampak sudah ada signal ke mana gold nak pergi. Inilah yang dikatakan tahu direction pasaran. Saya tahu sebab saya dah ada ilmu nak tahu trend sesuatu pasaran.

Bagi yang tak tahu, tak boleh lah main masuk je. Itu yang jatuh haram tu.

2) Akad

Setiap transaksi jual beli mestilah kena ada akad. Jadi ada akad tak dalam trading tersebut?

Jika anda perasan, dalam platform trading tersebut ada button klik yang menunjukkan anda setuju dengan terma dan syarat yang ditetapkan. Sebelum anda tekan butang ‘buy’ atau ‘sell’, ada satu button yang tanya anda setuju untuk menjual atau membeli pasaran emas tersebut?

Jika anda klik, makna anda setuju. Dan ini adalah akad bagi bentuk transaksi yang moden yang menyatakan ‘saya jual’ atau ‘saya beli’.

gold investment, technical analysis, technique indicator, dvd gti,

3) Overnight Charge/Riba

Ada overnight charge dikenakan tak kalau tak tutup posisi tersebut melebihi 1 malam?

Sebab tu sekiranya menggunakan khidmat broker, kena cek betul-betul adakah mereka menyediakan paltform patuh shariah. 

Seperti broker yang saya gunakan, mereka ada menyediakan akaun shariah. Jika tukarkan kepada akaun shariah, automatik posisi yang tak ditutup semalaman tidak akan dikenakan cas (swap).

4) Transaksi

Adakah berlakunya transaksi?

Jika kita buat jual beli kena ada penyerahan tangan ke tangan. Iaitu berlaku pertukaran nilai tersebut. Namun, dalam trading yang menggunakan sistem secara atas talian, bagaimana keadaannya?

Seperti pasaran gold yang saya trade, adakah gold tersebut tak mempunyai nilai?? Tidak! Gold tersebut membawa nilainya sekali. Kerana komoditi yang kita trade haruslah mempunyai nilai dan menggunakan harga yang sama yang diguna pakai untuk transaksi. Bukan membuat transaksi kosong semata-mata.

Saya Nak Belajar Dari DVD GTI

Dalam pasaran gold, harga yang terpapar pada pasaran tersebut adalah berdasarkan harga semasa (spot price). Jadi transaksi yang dilakukan adalah berdasarkan pada harga semasa.

5) Leverage /Trading Limit

Adakah trading gold ni mempunyai limitnya? Sebab trading tidak boleh mendapatkan 100% keuntungan dalam 1 entry. Ia sudah seumpama gambling.

Macam stock market (saham) sememangnya ada bagi limit hari. Contohnya, sekiranya dalam masa 4 hari (T4) trader tidak close market, pihak stock market akan tutupkan terus akaun trader tersebut. Perkara ini adalah bagi mengehadkan atau melimitkan risiko dalam keadaaan paling rendah seperti 3%.

Begitu juga dengan trading gold, saya meletakkan leverage berdasarkan limit yang dibenarkan. Ada money management yang perlu diikut. Sebab tu kena mengaji dulu bab trading ni.

Bukan boleh main terjun je. 

Klik SINI untuk baca selanjutnya..

Topik selanjutnya -> “Trading Gold Ni Berisiko Tinggi Ke?”