Tentang DVD GTI

 

Dalam keadaan dunia yang semakin menghampiri kitaran KRISIS EKONOMI, maka ramailah juga antara kita yang sangat terasa dengan keadaan kewangan serta taraf hidup maisng-masing. Hasil pendapatan dari satu pekerjaan sahaja sudah tidak mampu untuk menampung kos perbelanjaan hidup menyebabkan ramai yang cuba mencari inisiatif lain untuk menambahkan pendapatan mereka. Ada yang berniaga secara online, ada yang buat jualan langsung, malah ada yang menjadikan servis perkhidmatan seperti runner, uber dan lain-lain sebagai pendapatan sampingan mereka. Namun, kesemua pekerjaan ini belum tentu juga mampu merubah taraf hidup masing-masing. Bahkan, kualiti masa yang diberikan untuk ahli keluarga juga semakin berkurangan.

 

Pernahkah anda terfikir untuk melakukan satu perkerjaan yang bukan sahaja boleh dilakukan di rumah, bahkan ianya juga membolehkan anda memperolehi duit poket sendiri tanpa perlu bersusah payah berhujan panas untuk mencari pelanggan? Adakah anda menyukai pekerjaan yang bukan sahaja membolehkan anda mengeluarkan wang pada bila-bila masa tanpa perlu menunggu hujung bulan? Adakah anda mencari pekerjaan yang membolehkan anda mempunyai masa terluang bersama keluarga? Sekiranya anda menyatakan ‘YA’, mengapa tidak untuk anda cuba membuat pelaburan dalam dagangan emas (trading gold) pula?

 

Trading Gold adalah merupakan perdagangan bagi pasaran dua hala yang membolehkan anda memperolehi keuntungan ketika harga pasaran Gold naik mahupun turun. Ia berbeza dengan pasaran saham yang hanya merupakan pasaran sehala melibatkan urusniaga ‘beli’ sahaja. Seperti yang anda sedia maklum, GOLD adalah barang komoditi (hasil sumber asli bumi) dalam kategori logam yang berharga, ataupun lebih dikenali dengan gelaran ‘Precious Metal’. Selain urusniaga trading gold, terdapat juga urusniaga trading terhadap minyak sawit (cpo), minyak mentah (crude oil), soya, koko, gula, jagung dan banyak lagi yang merupakan barang komoditi yang diperdagangkan di pasaran antarabangsa. Ulama juga menyatakan bahawa urusniaga trading di dalam komoditi adalah harus. Jadi, inginkah anda menjana pendapatan dengan trading gold??

DVD Gold Trading Intensive (GTI) adalah siri pembelajaran berbentuk virtual yang dikeluarkan bagi membantu ramai orang di luar sana yang ingin belajar cara untuk berdagang @ trade dengan betul. Pada asalnya ia diilhamkan dari program Trade Gold For Money (TG4M) yang telah dikelolai oleh Ir Sofian dan AJL (M) Sdn Bhd sejak tahun 2015 lagi. Namun, atas desakan dan permintaan daripada ramai orang, DVD GTI ini dikeluarkan bagi membantu dan memudahkan mereka yang mempunyai kekangan masa dan masalah jarak untuk hadir ke program TG4M ini supaya mereka juga dapat menimba ilmu walaupun hanya dari rumah.

 

Pembelajaran melalui DVD GTI ini bukan sahaja memudahkan anda untuk pelajarinya dari rumah, bahkan anda boleh mengulangi bahagian kandungan yang anda kurang faham berkali-kali sehingga anda hadam akan isinya. Sudah tentu ianya tidak akan sama seperti anda hadir ke kelas kerana di dalam kelas tiada siaran ulangan melainkan anda bertanyakan kembali akan kemusykilan tersebut. Bagi anda yang sukakan pembelajaran secara perlahan, anda boleh mempelajari sedikit demi sedikit dengan mengulangkaji satu persatu silibus dalam DVD GTI ini mengikut kesesuaian waktu anda.

 

Selain itu, turut dimuatkan dalam DVD GTI ini silibus-silibus lama yang sudah dikeluarkan dari silibus TG4M terkini. Oleh kerana silibus TG4M sentiasa diupgrade dari semasa ke semasa, maka kebanyakan kandungan yang digarapkan dan ditinggalkan adalah kandungan yang penting-penting sahaja. Namun, kebanyakan silibus lama yang dikeluarkan juga adalah sangat berguna dan bermanfaat untuk ‘newbie’ yang ingin pencerahan yang mendalam tentang urusniaga trading gold. Jadi, melalui DVD GTI ini anda tidak akan terlepas untuk mengetahui akan ilmu asas yang perlu anda ketahui sebelum membuat urusniaga trading gold.

 

Apa yang membuatkan DVD GTI ini istimewa lagi adalah anda dapat lihat dengan jelas bagaimana cara Ir Sofian menerangkan mengenai penggunaan indikator dan cara untuk menggunakannya seakan-akan anda sedang berhadapan dengan Ir Sofian membuat Personal Coaching 1 to 1. Setiap ‘method’ yang diajarkan di dalam DVD GTI ini anda dapat ‘replay’ semula sehingga anda sendiri dapat melakukan sepertimana yang Ir Sofian tunjukkan. Baguskan?? Jika anda fokus mempelajari cara tading gold melalui DVD GTI ini, mungkin anda hanya mengambil masa 2 minggu sahaja untuk menghabiskan kesemua silibus dalam DVD GTI ini dan kemudian anda sendiri sudah boleh mengaplikasikan ilmu TG4M dalam DVD GTI ini ke dalam akaun demo anda sendiri. Anda masih tiada akaun?? Jangan risau.. Di dalam DVD GTI ini juga turut dimuatkan cara untuk anda membuka akaun. Anda hanya perlu ikut ‘step by step’ sahaja.