Trading Gold Ni Berisiko Tinggi Ke?

Trading ni berisiko ke?

Ya.. Ianya sama juga dengan pelaburan lain.

Setiap pelaburan memang ada risiko. Begitu juga dunia trading. Cumanya ada yang berisiko tinggi dan ada yang rendah risikonya.

Tapi, biasalah yang berisiko tinggi ni selalunya memberikan pulangan keuntungan yang tinggi juga.

Anda tengok je lah skala bintang risiko yang saya tunjukkan dalam gambar di bawah  ni. Pelaburan dalam trading sama ada forex ke, gold ke, stock ke, memang high risk.

gold investment, technical analysis, technique indicator, dvd gti,

Kalau anda nak tahu, dalam banyak-banyak trader yang trade, hanya 10% sahaja tau trader yang berjaya. Manakala 90% lagi adalah trader yang gagal. 

Haa.. Nampak tak betapa berisikonya trading ni?

Tapi sebab apa ramai trader yang gagal?

Sedangkan bukannya dia orang tak boleh buat duit dalam trading ni pun.. Ada yang boleh untung 100% dalam tempoh yang kejap. Malah ada yang untung berganda-ganda. 

Haa..  Cuba anda perhatikan dalam dia orang ni untung besar, berapa lama dia orang bertahan dalam pasaran??

Saya boleh katakan mereka semua ni untung banyak dalam masa singkat, tapi juga selepas itu mereka rugi teruk. Sebab mereka tak berjaya kawal emosi dan money management. Itulah puncanya..

gold investment, technical analysis, technique indicator, dvd gti,

 

Macam mana nak kawal risiko ni?

Nak tahu anda mampu ke tak untuk jadi trader berjaya, cuba lihat berapa lama anda dapat bertahan dalam pasaran. 1 bulan? 2 bulan? Atau dah 1 tahun 2 tahun?

Apa yang penting kalau nak jadi trader ni bukanlah berapa banyak untung yang anda dapat. Tapi berapa lama anda berada dalam pasaran. Selagi anda masih mampu dapatkan keuntungan secara konsisten dalam pasaran, walaupun untung tu sedikit-sedikit, tapi jika dicampurkan boleh jadi banyak tau..

Saya bagi perumpaan mudahlah. Sebab kadang-kadang ada orang tak nampak kalau tak tunjuk contoh..

gold investment, technical analysis, technique indicator, dvd gti,

Macam anda menabunglah.. Memanglah nampak sikit-sikit je setiap hari..  kalau dah 1 tahun 2 tahun, berapa dah anda simpan?

Katakanlah 1 bulan anda simpan RM100. 1 tahun anda dah ada RM1,200. Banyak ke sikit? Dengan RM1,200 ni anda boleh buat beli apa je? Anda dah boleh dapat sebiji telefon pintar kan? Haa.. banyak tak?

Macam tu jugalah trading. Mungkin anda nampak untung yang sedikit-sedikit tu macam tak untung je trade ni. Tapi cuba anda accumulate balik kesemua untung anda tu dalam satu tempoh yang lama.. 

gold investment, technical analysis, technique indicator, dvd gti,

Contoh 1 kali trade anda untung RM10. Kita ambil amount sikit je lah. So, dalam 1 minggu tu anda trade dalam 5 kali je.. 1 bulan jadinya anda trade 20 kali.

Kalau setiap kali trade dapat RM10, maknanya dalam 1 bulan anda dah dapat RM200.. Banyak ke sikit RM200 dapat dalam sebulan?

Cuba pula anda kali dengan 12 bulan pula. 1 tahun anda dah dapat RM2,400 untung. Banyak ke sikit? 

Apa yang anda boleh lakukan dengan RM2,400 ni? Macam-macam kan? 

Saya Nak Buat Profit Dengan DVD GTI

 

Pantang Larang

Sebab tu kalau nak trade saya selalu berpesan kepada student saya, jangan tamak, jangan trade ketika emosi, dan kawal money management. 

Kira banyaklah pantang larang yang saya berikan pada student saya. Sebab apa?? Sebab saya tak nak mereka mengalami kerugian. So, apa yang boleh buat mereka rugi, itu yang saya suruh mereka jangan buat..

gold investment, technical analysis, technique indicator, dvd gti,

Banyaklah jangan yang saya berikan.. Sebab saya sendiri dah lalui. Buat apa nak anda lalui pula kan? Jadikan je pengalaman saya ni satu batu loncatan untuk anda berjaya dengan lebih cepat.

Jangan masuk lot besar kalau modal hanya sekangkang kera. Bak kata peribahasa, ukur baju di badan sendiri.

So, macam tu juga trading. Kalau modal tak banyak, jangan masuk lot besar gedabak semata-mata nak untung besar. Sebab kebanyakan trader takkan mampu mengekalkan akaun trading mereka jika sikap itulah yang mereka amalkan.

Lagi satu, jangan berguru dengan youtube atau buku semata. Sebab dunia trading ni luas. Banyak ilmu dia yang anda kena gali. Tak semua yang anda lihat dan baca mampu tolong anda waktu anda susah.

Klik SINI untuk baca lagi..

Topik seterusnya -> “Boleh ke saya belajar trading dengan youtube @ ebook?”